MKL Crimedesk | Syiok Laga Ayam Tak Perasan Polis Masuk Port

Posted on

[ JENAYAH MINGGU INI ]

GOMBAK – Sedang asyik bertaruh sampai tak perasan markas judi laga ayam mereka bina sejak beberapa minggu lalu dikepung polis.

Sudahnya, berpuluh `kaki sabung ayam’ bertempiaran melarikan diri ke dalam paya.

Serbuan yang dilancarkan ketika hujan lebat tadi dilakukan oleh Ipd Gombak di kawasan ladang kelapa sawit di Kundang, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam operasi jam 3.30 petang tadi di bangsal yang dijadikan pusat pertaruhan dan laga ayam itu terletak kira-kira 300 meter dari jalan utama.

Sebaik menyedari kehadiran polis, kaki judi itu bertindak melarikan diri ke kawasan belukar di bahagian belakang bangsal itu.

Bagaimanapun lapan individu yang terbabit dalam perjudian laga ayam dan judi ‘holo’ berjaya ditahan.

Salah seorang individu berusia 60-an yang diberkas dipercayai penganjur perjudian itu.

Manakala selebihnya adalah individu yang datang untuk bertaruh.

Turut dirampas tujuh telefon bimbit, sekeping papan untuk pertaruhan judi holo, wang tunai rm1,000, tiga dadu dan 29 ekor ayam jantan laga.

Polis percaya kegiatan perjudian di kawasan ini dilakukan sejak sebulan lalu.

Kesemua individu dan barang rampasan itu dibawa ke ipd gombak untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut seksyen 7(2 )akta rumah judi terbuka 1953, seksyen 44(10 ) akta binatang 1953 pindaan 2013, akta imigresen 1963 dan peraturan 11(1) peraturan-peraturan pencegahan dan penyakit berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempat berjangkit) 2020 dan seksyen 296 kanun keseksaan.

ENDS
______________________________

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *